BERDAKWAH KE JALAN ALLAH

  Berdakwah, menyuruh berbuat kebaikan dan menegah kejahatan adalah kewajipan setiap Muslim. Insan yang menegakkan amar makruf, nahi mungkar adalah insan yang setia mengamalkan suruhan agama dan sangat bertakwa.

Rasulullah SAW bersabda: “Manusia yang paling baik adalah yang paling tenang, bertakwa, giat menyuruh kepada yang makruf, giat melarang kemungkaran dan paling rajin bersilaturahim.” (Riwayat Imam Ahmad)

Tugas dakwah ini tidak terletak di bahu individu atau kelompok tertentu seperti difahami sesetengah orang. Ia tanggungjawab dan kewajipan seluruh umat manusia kerana salah satu antara ciri-ciri orang beriman ialah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kalian sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali-Imran, ayat 110)
Kita pasti menepati watak umat terbaik jika berterusan menegakkan tugas dakwah. Jika perkara ini tidak dititikberatkan dan tidak menjadi amalan rutin dalam kehidupan sehari-hari, tentu kita akan termasuk dalam golongan orang yang mendapat kemurkaan Allah SWT.

Seorang Muslim yang baik bukanlah hanya berbuat baik terhadap diri sendiri, sentiasa beramal soleh dan membenci segala bentuk maksiat tanpa ambil peduli terhadap kerosakan yang terjadi dalam masyarakatnya. Muslim yang baik cenderung memperbaiki dan menerangi orang lain demi kasih sayang kepada sesama manusia serta cintakan kesejahteraan hidup masyarakat.

Inilah sebenar-benar Muslim yang digambarkan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Demi masa! Sesu ngguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3). Meskipun begitu, masih ada kekeliruan mengenai tugas mulia ini apabila ada beranggapan tugas dakwah tidak wajar dilakukan dengan alasan dirinya belum cukup baik. Anggapan demikian hanya akan membantutkan kegiatan dakwah.

Jika harus menunggu diri menjelma sebagai manusia yang serba sempurna, nescaya dakwah tidak mungkin dilaksanakan, orang yang mengamalkan ajaran Islam tidak bertambah bahkan semakin berkurang, manakala maksiat berleluasa tanpa halangan. Kita harus mengakui hakikat seorang insan tidak ada yang sempurna melainkan mempunyai kelemahan dan kekurangan.

Oleh itu, jika ada peluang untuk mengajak kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran, ia perlu segera dipenuhi meskipun diri belum cukup baik serta sempurna. Imam Hasan al-Basri berkata: “Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, sebab aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan kuranglah orang yang memberi peringatan.”

Daripada Anas, katanya, kami bertanya: “Ya Rasulullah, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran. Maka Nabi SAW bersabda: “Tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya dan cegahlah dari kemungkaran, meskipun kalian belum meninggalkan semuanya.” (Riwayat Tabrani). Diri yang tidak sempurna bukanlah alasan untuk lepas tangan dan terkecuali daripada kewajipan berdakwah. Keengganan berdakwah sementara dia mampu untuk melakukannya, hanya akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seseorang berada dalam suatu kaum, dia berbuat maksiat di tengah mereka dan mereka mampu untuk mencegahnya, namun mereka tidak mencegahnya, kecuali Allah menimpakan kepada mereka seksaan sebelum mereka mati (mereka akan menerima banyak musibah di dunia).” (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban) image

SUMBER: Berita Harian Online

Seterusnya...

Posted in | 0 comments

RAHMAT KERJAYA

Cabaran adalah hakikat dan lumrah kehidupan. Bagi kehidupan umat Islam destinasi terakhirnya adalah hari akhirat dan keredaan Allah SWT. Begitulah juga dengan hakikat 'pelayaran kerja' yang membawa kepada 'destinasi matlamat' ditetapkan oleh organisasi atau diri sendiri. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.” (Surah al-Balad, ayat 4). Maksudnya, kesusahan dunia dan akhirat. Secara mudahnya, kehidupan adalah ibarat pelayaran yang menuju ke suatu destinasi. Justeru, dalam pelayaran ini sudah tentu ada kalanya ditiup malah dilanda oleh badai, ombak, angin, ribut dan taufan.

Begitulah juga cabaran dalam bekerja. Seseorang pekerja itu pasti berdepan masalah dan kesukaran sama ada daripada manusia seperti pihak atasan, rakan sejawat, masyarakat sebagai pelanggan, pengguna atau kerana kelemahan dirinya sendiri. Ataupun masalah yang disebabkan faktor peralatan, kemudahan teknikal dan kewangan sehingga ada yang menghadapi cabaran diberhentikan kerja atau diberi tawaran penamatan perkhidmatan.

Walaupun cabaran dalam ‘pelayaran kerja’ adalah lumrah, namun, dalam Islam ia mengandungi sejuta rahmat yang boleh memuliakan dan memperkasakan manusia. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi pelbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Banyak pengajaran dan pelajaran yang boleh diperoleh sepanjang ‘pelayaran kerja’. Cabarannya mengundang lima bentuk rahmat:

  1. Kejayaan melatih dan mengasah kesabaran serta kecekalan.
    Menurut al-Maraghi dalam tafsirnya, kesabaran ada pendidikan watak iaitu watak menanggung kepayahan tanpa putus asa dan berkeluh-kesah sehingga hati menjadi teguh, jiwa menjadi kuat. Allah memberi cabaran, dugaan dan tanggungjawab sesuai dengan laras kemampuan manusia.
    Firman-Nya bemaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)
  2. Mendekatkan diri dengan Allah SWT. Menurut al-Maraghi, kerana sedikit cabaran atau ujian, manusia akan mengingati, mensyukuri nikmat yang ada padanya dan memohon keampunan atas kelalaian diri.
  3. Meraih pahala dan balasan kejayaan yang lebih baik, hasil daripada kekuatan jiwa, pengalaman dan kemahiran dalam mengharungi kesukaran.
    Daripada Ummu Salamah, katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak seorangpun hamba yang ditimpa bencana, lalu dia berkata: Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun (sesungguhnya kami adalah milik Allah SWT dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami kembali) Wahai Tuhan kami, berilah pahala kepadaku dengan musibah padaku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripada ini kepadaku. Melainkan Allah memberi pahala dalam musibah itu dan memberi ganti kepadanya dengan sesuatu yang lebih baik daripada itu.” (Riwayat Muslim)
  4. Meningkatkan ketakwaan kepada Allah
  5. Memperoleh pahala, pujian, keampunan Allah serta mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Justeru, marilah kita membina kekuatan untuk menghadapi cabaran kerja termasuklah menggunakan ‘strategi kerja’ seperti meletakkan standard prestasi dengan sasaran betul dan pelan yang realistik untuk dicapai.
Allah mendatangkan cabaran sebagai ujian untuk memberi kita peluang meraih kemuliaan dan kecemerlangan, bukan berserah pada kelemahan atau kegagalan.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT mencela kelemahan. Sebaliknya kamu harus terus berusaha. Apabila kamu ditimpa dengan sesuatu yang tidak kamu sukai, maka ucapkanlah “Cukuplah Allah bagiku dan Dia adalah sebaik-baik penolong.” (Riwayat Abu Daud)
Apabila kekuatan menghadapi cabaran dalam ‘pelayaran kerja’ ini dapat kita depani dengan watak, perspektif dan strategi yang betul, jika diizinkan Allah, rezeki dan organisasi kita akan terjaga.

LiveJournal Tags:

PENULIS: Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)

Seterusnya...

Posted in Labels: | 0 comments

Indahnya CINTA Kerana Allah

Gambar hiasan Ibnul Qayyim mengatakan, cinta tidak boleh didefinisikan dengan jelas. Bahkan apabila didefinisikan, tidak menghasilkan (sesuatu) melainkan menambah kabur dan tidak jelas. (Bererti) definisinya adalah adanya cinta itu sendiri.
Cinta adalah amalan hati yang akan wujud sendirinya dalam (amalan) lahiriah. Apabila cinta itu sesuai dengan apa yang diredai Allah SWT, maka ia akan menjadi ibadah. Jika tidak sesuai dengan reda-Nya maka akan menjadi satu perbuatan maksiat.

Cinta yang dibangunkan kerana Allah akan menghasilkan kebaikan dan tinggi nilainya. Bukti dan tanda cinta kepada Allah adalah dengan mengikuti Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis diriwayatkan daripada Anas bin Malik: “Tiga perkara yang jika ketiganya ada pada diri seseorang nescaya dia akan mendapatkan manisnya iman: hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai, hendaklah dia mencintai seseorang melainkan kerana Allah, dan hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan dia daripada kekufuran itu seperti mana dia benci untuk dilemparkan ke dalam neraka.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnul Qayyim mengatakan, antara sebab datangnya cinta Allah kepada seseorang hamba ada 10 perkara iaitu:

  1. Membaca al-Quran
  2. Mendekatkan diri kepada Allah
  3. Sentiasa berzikir
  4. Mengutamakan kecintaan Allah di atas kecintaanmu ketika bergeloranya nafsu
  5. Hati selalu mencari nama dan sifat Allah
  6. Menyaksikan kebaikan Allah dan segala nikmat-Nya
  7. Tunduknya hati di hadapan Allah
  8. Berkhalwat (bermunajat)
  9. Duduk bersama orang yang memiliki sifat cinta dan jujur
  10. Menjauhkan segala sebab yang akan menghalang hati daripada Allah. Gambar Hiasan

Cinta adalah salah satu daripada ibadah hati yang memiliki kedudukan tinggi dalam agama seperti ibadah lain. Allah berfirman: “Tetapi Allah menjadikan kamu mencintai keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu.” (Surah al-Hujurat, ayat 7), Firman-Nya lagi: “Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya.” (Surah al-Maidah, ayat 54)

Ulama ada yang membahagikan cinta kepada dua bahagian dan empat bahagian. Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab al-Yamani dalam kitab al-Qaulul Mufid fi Adillatit Tauhid, menyatakan cinta ada empat:

  1. Cinta ibadah iaitu mencintai Allah dan apa-apa yang dicintai-Nya dengan dalil ayat serta hadis.
  2. Cinta syirik iaitu mencintai Allah dan juga selain-Nya seperti cintanya kepada Allah. Allah SWT berfirman: “Dan di antara manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan-tandingan (bagi Allah). Mereka mencintai tandingan itu seperti cinta mereka kepada Allah.” (Surah al-Baqarah, ayat 165)
  3. Cinta maksiat iaitu cinta yang akan menyebabkan seseorang melaksanakan apa yang diharamkan Allah dan meninggalkan yang diperintahkan-Nya. Allah berfirman: “Dan kalian mencintai harta benda dengan kecintaan yang sangat.” (Surah al-Fajr, ayat 20)
  4. Cinta tabiat seperti cinta kepada anak, keluarga, diri, harta dan perkara lain yang dibolehkan. Allah berfirman: “Ketika mereka (saudara-saudara Yusuf) berkata, ‘Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita.” (Surah Yusuf, ayat 8)

Jika cinta tabiat ini menyebabkan kita lalai daripada ketaatan kepada Allah sehingga meninggalkan kewajipan, ia akan berubah menjadi cinta maksiat. Apabila cinta tabiat menyebabkan kita lebih mencintai sesuatu daripada Allah, maka cinta tabiat berubah menjadi cinta syirik.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Ketahuilah bahawa yang menggerakkan hati menuju Allah ada tiga perkara: cinta, takut, dan harapan. Perkara paling kuat adalah cinta, dan cinta itu sendiri tujuan kerana akan diperoleh di dunia dan akhirat.”

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman as-Sa’di menyatakan, “Dasar tauhid dan rohnya adalah keikhlasan dalam mewujudkan cinta kepada Allah. Cinta adalah landasan penyembahan dan peribadahan kepada-Nya. Bahkan cinta itu hakikat ibadah. Tidak akan sempurna tauhid kecuali apabila kecintaan seseorang hamba kepada Rabbnya juga sempurna.” Gambar Hiasan

LiveJournal Tags:
Seterusnya...

Posted in Labels: | 0 comments

Keajaiban Tangisan

Menangis dilihat sebagai perkara yang tidak disukai kerana ramai menganggap menangis boleh menjatuhkan air muka terutama jika yang menangis itu seorang lelaki. Namun, Islam melihat perbuatan menangis dari perspektif yang positif. Allah SWT lebih menyukai orang yang banyak menangis daripada banyak ketawa seperti dalam firman-Nya: Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak. (Surah at-Taubah, ayat 82) image

Sabda Rasulullah SAW yang menjelaskan makna tangisan dari perspektif Islam ialah: Dua mata yang tidak akan terkena api neraka iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah. Sabda baginda lagi: Tiga mata yang tidak akan terbakar api neraka untuk selamanya, mata yang menangis kerana takut kepada Allah, mata yang berjaga di malam hari kerana membaca kitab Allah, dan mata berjaga-jaga membela agama Allah.

Menangis adalah akhlak nabi dan kebiasaan solihin. Tidak dinafikan, nabi, rasul dan sahabat, sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat, doa serta zikir. Sudah tentu ia bukan sekadar tangisan kosong, melainkan tangisan yang membuktikan perhambaan dan takut kepada Maha Esa.
Rasulullah SAW bersabda: Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.
Di samping itu, diriwayatkan dalam hadis: Barang siapa yang menangis kerana takutkan Allah sehingga berlinangan air matanya dan air matanya membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.

Menangis juga termasuk dalam ibadah apabila dilandaskan kepada al-Quran dan sunnah Nabi iaitu menangis semata-mata kerana takut kepada Allah. Mata yang menangis membanjiri wajah hingga membasahi tempat sujud akan menjadi saksi di akhirat nanti . Saad bin Abi Waqqaas berkata, beliau mendengar Rasulullah bersabda: Menangislah! Apabila kamu tidak mampu menangis maka berpura-puralah untuk menangis. (Riwayat Ibnu Majah) image

Dari segi perubatan pula, menangis boleh membunuh bakteria. Umat Islam tidak perlu menitiskan ubat mata, air mata sudah cukup berfungsi sebagai anti bakteria semula jadi. Air mata mengandungi cecair disebut lisozom yang dapat membunuh 90 hingga 95 peratus bakteria pada mata manusia. Menangis juga boleh membantu organ dalaman berfungsi dengan baik. Contohnya, menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung kerana degupan jantung akan meningkat ketika seseorang itu menangis.

Keadaan ini dianggap sebagai latihan yang bermanfaat kepada rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung akan kembali perlahan sehingga membolehkan seseorang itu berasa tenang. Universiti Temple di Amerika Syarikat membuat kajian terhadap 100 penghidap penyakit radang usus besar serta luka pada perut dan 100 orang yang sihat untuk mengetahui hubung kait antara menangis serta memendam perasaan.

Mereka mendapat jawapan agak mengejutkan. Hampir semua pesakit radang usus besar serta luka dalam perut mengatakan menangis adalah tanda lemahnya peribadi. Oleh itu, mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi yang tidak menghidap penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan bagi tujuan dan pada waktu sesuai.

Cendekiawan Amerika, Arthur Frank berkata, oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan.

Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding lelaki. Justeru, secara umumnya jangka hayat perempuan lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan. image

Selain itu, saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Keadaan ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun itu.  Menangis juga boleh menenangkan perasaan dan mengurangkan tekanan. Apabila seseorang itu menangis, ia dapat mengurangkan tekanan.

Air mata yang dihasilkan oleh tangisan kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin berfungsi menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata. Air mata juga mengeluarkan hormon tekanan dalam tubuh yang juga membantu melawan penyakit disebabkan tekanan seperti tekanan darah tinggi.

Sesungguhnya Islam agama yang sempurna sehinggakan menangis juga dilihat sebagai ibadah dan di sebalik tangisan itu tersembunyi 1001 hikmah.

SUMBER: Berita Harian

LiveJournal Tags:
Seterusnya...

Posted in Labels: | 0 comments

TAUBAT

Sebagai insan yang lemah, kita sering melakukan kesalahan dan kesilapan dalam kehidupan seharian. Selepas Ramadan yang lalu, kita tidak boleh menafikan bahawa kita ada melakukan pelbagai dosa dan kesilapan. Kita pernah melakukan dosa terhadap isteri, suami, anak-anak, sahabat dan sebagainya.
Maka, bertaubat adalah cara yang digariskan bagi menebus semula kesalahan dan dosa dilakukan, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW. Dari Saidina Anas ra yang bermaksud: “Semua anak Adam berdosa, maka sebaik-baik orang yang berdosa ialah bertaubat.” (Riwayat Ahmad).

Gambar HiasanMenurut Ibnu Abbas ra, taubat adalah menyesal dengan hati, beristighfar dengan lidah, meninggalkan perbuatan maksiat dengan anggota tubuh dan berazam dengan kukuh dalam hati tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Secara ijmak, ulama sepakat bahawa hukum bertaubat adalah wajib kerana dosa dan perbuatan maksiat itu dapat membinasakan iman dan menjauhkan diri daripada Allah SWT.

Sesungguhnya kewajipan taubat diulang Allah SWT dalam kitab suci al-Quran, antaranya dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang Mukminin, semoga kamu mendapat kemenangan”. Berdasarkan ayat itu, maka kita perlulah menyedari kesalahan yang dilakukan sepanjang kita hidup ini. Kita hendaklah bertaubat dan meminta keampunan daripada Allah SWT agar kehidupan kita menjadi tenang dan aman.

Malah, Allah turut memberi amaran mereka yang tidak bertaubat adalah termasuk ke dalam golongan yang menzalimi diri sendiri seperti firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 11 yang bermaksud: “Siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itu adalah orang-orang yang aniaya.” Dalam Surah al-Baqarah ayat 222, umat Islam amat digalakkan bertaubat kerana ia adalah simbol kepada pembersihan diri daripada dosa. Ayat al-Quran itu bermaksud: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertaubat dan suka kepada orang yang membersihkan diri.”

Menyentuh soal taubat, Luqman al-Hakim pernah berwasiat kepada anaknya: “Wahai anakku, janganlah engkau tangguhkan bertaubat, sesungguhnya mati itu akan datang dengan tiba-tiba.”  Sebagai umat Islam yang wajib menumpahkan taat setia kepada ajaran yang diperintahkan, perbuatan taubat perlu disegerakan selagi diberi peluang menikmati saki baki kehidupan di alam fana ini. Gambar Hiasan

Elakkan daripada tabiat suka menangguhkan taubat kerana Baginda Nabi Muhammad SAW tidak menyukai orang yang menangguhkan taubat sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Binasalah orang yang mengatakan esok saya akan bertaubat.” Sesungguhnya taubat yang paling baik adalah taubat nasuha sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 8 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan Taubat Nasuha (sebenar-benar penyesalan dan berazam tidak mengulangi lagi perbuatan maksiat itu), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di dalam beberapa sungai.”

Justeru sebesar mana sekalipun dosa dan kesalahan yang pernah kita lakukan, sekiranya kita segera memohon keampunan Allah SWT, nescaya Allah akan mengampunkan kita kecuali dosa syirik. Betapa hebatnya sifat al-Ghaffur (Maha Pengampun) Allah di mana mereka yang bertaubat apabila melakukan kesalahan kedudukannya sama seperti tiada dosa lagi.

Jika dalam hati kecil kita masih belum tergerak untuk bertaubat, cubalah renungi kisah taubat Nabi Adam as selepas Baginda dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi. Baginda bertaubat dengan penuh kesungguhan dan ada riwayat yang mengatakan bahawa Baginda bertaubat selama 40 tahun dengan membaca doa yang bermaksud: “Ya Tuhanku, kami melakukan kezaliman terhadap diri kami dan jika Engkau tidak mengampunkan kami nescaya kami tergolong dalam orang-orang yang rugi.”

Begitu juga dengan Nabi Yunus as semasa Baginda berada di dalam perut ikan nun, Baginda senantiasa bertasbih dan bertaubat seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya ayat 87 bermaksud: “Ya Allah, tiada Tuhan lain melainkan Engkau, maha suci Engkau sesungguhnya aku termasuk dalam orang yang zalim.”

LiveJournal Tags:

Gambar Hiasan
NUKILAN: Asri Md Saman Pensyarah Di Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah Darul Aman.

Seterusnya...

Posted in Labels: | 0 comments

Asal-Usul Tanah pada tubuh Nabi Adam A.S

Gambar Hiasan Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi. Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: ” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaku.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia.”

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiri nya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. Baitul Muqaddis
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

 PROSESNYA KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, iaitu putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan.
Tujuh buah liang yang di maksudkan adalah:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah”
yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

 Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

LiveJournal Tags:

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

Seterusnya...

Posted in | 0 comments

Penghuni Syurga Dan Neraka

Abu Abas, nama sebenarnya Sahal bin Sa’ad as-Sa’idi melaporkan: “Suatu ketika ada seorang lelaki lalu di hadapan Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW bertanya kepada seorang sahabat yang duduk di sebelah beliau: Apa pendapat saudara berkenaan orang ini?

“Sahabat itu menjawab: Orang ini ada kedudukan dan mulia dalam masyarakat. Demi Allah, sekiranya dia meminang memang patut pinangannya diterima. Sekiranya dia meminta supaya orang lain menyalurkan bantuan, memang patut permintaannya dipenuhi.

Nabi Muhammad diam saja. Kemudian seorang lelaki lain pula lalu. Nabi bertanya lagi kepada sahabat tadi: Apa pendapat saudara berkenaan orang ini?

“Sahabat itu menjawab: Wahai pesuruh Allah, orang ini datang daripada golongan orang Islam yang miskin. Sekiranya dia meminang, memang patut pinangannya ditolak. Sekiranya dia meminta supaya orang lain menyalurkan bantuan, memang patut permintaannya tidak diendahkan. Sekiranya dia bercakap, memang patut kata-katanya tidak didengari.

Nabi Muhammad pun menerangkan: Orang ini lebih baik sebanyak sepenuh bumi berbanding orang tadi.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Sa’id al-Khudri melaporkan: “Nabi Muhammad menerangkan, syurga dan neraka pernah bertengkar. Kata neraka: Orang perengus yang suka memaksa orang lain dan orang yang angkuh ada dalam syurga. Kata syurga: Orang yang lemah dan miskin ada dalam saya.
“Allah pun meleraikan mereka, kata-Nya: Kamu syurga adalah rahmat kasih sayang-Ku. Denganmu nanti Aku merahmati sesiapa yang Aku inginkan. Dan kamu pula neraka, adalah azab seksaan-Ku. Denganmu nanti aku menyeksa sesiapa yang Aku inginkan. Aku pasti akan memenuhkan kamu berdua.” (riwayat Muslim)

Usamah Zaid melaporkan, Nabi Muhammad menerangkan: “Saya berdiri di hadapan pintu syurga. Kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya adalah orang miskin. Orang kaya pula masih ditahan untuk dikira amalan mereka, kecuali mereka yang memang ahli neraka, diarahkan masuk ke dalam neraka. Kemudian saya berdiri di hadapan pintu neraka. Kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya adalah orang perempuan.” (riwayat Bukhari dan Muslim)


Sumber: Buku Riyadus Solihin Taman Orang Soleh

Seterusnya...

Posted in | 0 comments