Nasihat

"Biarlah umat yang bukan Islam melakukan penyelewengan. Apa yang menjadi masalah ialah orang yang mengaku diri mereka sebagai orang-orang Islam, turut sama dengan melakukan penyelewangan yang berlaku dalam masyarakat, lalu diamalkan di dalam negara umat Islam, maka berlakulah penyelewengan demi penyelewengan.

Kita dapat melihat umat Islam masih berada dalam keadaan yang cukup lemah, kerana dipengaruhi oleh musuh-musuh yang bukan Islam dan masih boleh diperkotak-katikkan oleh musuh mereka.

Biarkanlah orang-orang bukan Islam tercari-cari penyelesaian hidup mereka, tetapi yang menjadi masalah kenapa kita sebagai orang yang mengaku Islam dan telah diberi kebenaran oleh Allah, juga masih tercari-cari seperti mereka sedangkan kita memiliki Islam yang dikurniakan oleh Allah".
Sumber

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.



Ihsan Mymasjid

Posted in Labels: |

0 comments: